Friday, 2 November 2012


Hadis 24 : Haram Melakukan Kezaliman

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata : " Wahai hamba-hambaKu ! Sesungguhnya aku telah mengharamkan penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu aniaya-menganiayai.
Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu.
Wahai hamba-hambaku ! Kamu sekelian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut.
Wahai hamba-hambaku ! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri. "

Thursday, 1 November 2012




Hadis 23 : Setiap Kebaikan Adalah Sedekah

Daripada Abu Malik al-Harith bin Asim al-Asyari radiallahu'anhu , katanya: Rasulullah s.a.w bersabda : " Bersuci separuh daripada iman.Al-hamdulillah memenuhi mizan (timbangan) .Subhaanallah dan al-hamdullilah kedua-duanya memenuhi ruangan di antara langit dan bumi.Sembahyang adalah nur (cahaya) .Sedekah adalah keterangan (bukti ) .Sabar memberikan cahaya.AlQuran boleh menjadi hujah bagimu atau keatasmu.Setiap manusia berusaha , maka dia menjual dirinya ( sama ada kepada Allah dengan melakukan ketaatan atau kepada syaitan dan hawa nafsunya dengan dia melakukan maksiat dan kemurkaan Allah ), maka ada yang membebaskannya (daripada kehinaan di dunia dan azab di akhirat ) dan ada yang membinasakannya ( dengan melakukan maksiat ).

Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim pada awal kitab ' Bersuci ' bab 'kelebihan berwuduk '.

Wednesday, 31 October 2012


Hadis 22 : Jalan Ke Syurga

Daripada Abu Abdullah Jabir bin Abdullah al-Ansoori , bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w : " Apa pandangan kamu jika sekiranya aku mengerjakan sembahyang yang difardukan , berpuasa pada bulan Ramadhan, menghalalkan apa yang halal , mengharamkan apa yang haram dan aku tidak menambah walaupun sedikit.Adakah aku dapat memasuki syurga ? " Rasulullah s.a.w menjawab : " Ya ".

Diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Makna 'aku mengharamkan apa yang haram ' ialah aku menjauhinya.Manakala makna 'aku menghalalkan apa yang 'halal' ialah aku melakukannya dengan beriktiqad tentang halalnya.


Tuesday, 30 October 2012


Hadis 21 : Istiqomah dan Iman

Daripada Abu Amr, menurut satu pendapat Abu Amrah , Sufyan bin Abdullah al-Thaqafi r.a. berkata : " Aku berkata : " Wahai Rasulullah ! Katakanlah satu perkataan kepadaku tentang Islam yang aku tidak perlu menanyakannya kepada orang lain,"Sabda Rasulullah s.a.w :"Ucapkanlah 'aku beriman dengan Allah kemudian beristiqomahlah kamu."

Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab 'Iman ' bab 'Yang mengumpulkan sifat-sifat Islam'.Nombor hadis 38.

Monday, 29 October 2012


Hadis 20 : Malu Adalah Sebahagian Daripada Iman

Daripada Abu Mas'ud , Uqbah bin Amru al-Ansoori al-Badriy r.a. , beliau berkata : " Rasulullah s.a.w bersabda : " Sesungguhnya di antara ajaran yang didapati oleh manusia daripada kalam (perkataan) nubuwah yang pertama ialah : " Apabila kamu tidak malu , maka buatlah apa yang kamu suka ."

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Sunday, 28 October 2012


Hadis 19 : Pertolongan Dan Penjagaan Allah S.A.W


Daripada Abu Al-'Abbas Abdullah bin Abbas r.a. , beliau berkata : Pada satu hari aku berada di belakang Rasulullah s.a.w , lalu Baginda bersabda : "Wahai budak ! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah : Peliharalah Allah , nescaya Dia akan memeliharamu.Peliharalah Allah, kamu akan mendapati-Nya bersamamu.Apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah daripada Allah.Apabila kamu meminta pertolongan daripada Allah.Ketahuilah ! Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manafaat kepadamu , mereka sekali-kali tidak akan dapat memberikan manafat itu kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu.Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana ke atasmu , mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu.Telah diangkat qalam dan telah keringlah lembaran."

- Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi , katanya : Hadis hasan sahih )


Friday, 3 August 2012


Hadis 18 : Takwa dan Berakhlak Mulia


Daripada Abu Dzar Jundub bin Junaadah dan Abu Abdur Rahman Mu'az bin Jabal r.a. daripada Rasulullah s.a.w. , Baginda bersabda : "Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada.Susulilah keburukan dengan kebaikan yang akan menghapuskan keburukan itu.Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik."

Hadis ini diriwayatkan oleh Tarmizi dan beliau berkata : "Hadis ini adalah hadis hasan".