Friday 3 August 2012


Hadis 18 : Takwa dan Berakhlak Mulia


Daripada Abu Dzar Jundub bin Junaadah dan Abu Abdur Rahman Mu'az bin Jabal r.a. daripada Rasulullah s.a.w. , Baginda bersabda : "Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada.Susulilah keburukan dengan kebaikan yang akan menghapuskan keburukan itu.Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik."

Hadis ini diriwayatkan oleh Tarmizi dan beliau berkata : "Hadis ini adalah hadis hasan".

Wednesday 1 August 2012


Hadis 17 : keluasan Ihsan

Daripada Abu Ya'la Syaddaad bin Aus r.a., daripada Rasulullah s.a.w.,Baginda bersabda : "Sesungguhnya Allah s.w.t mewajibkan ihsan terhadap segala sesuatu.Jika kamu membunuh, laksanakanlah dengan cara yang baik.Apabila kamu menyembelih , sembelihlah dengan cara yang baik.Hendaklah seseorang daripada kamu menajamkam pisaunya serta hendaklah dia merehatkan sembelihannya."