Wednesday 31 October 2012


Hadis 22 : Jalan Ke Syurga

Daripada Abu Abdullah Jabir bin Abdullah al-Ansoori , bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w : " Apa pandangan kamu jika sekiranya aku mengerjakan sembahyang yang difardukan , berpuasa pada bulan Ramadhan, menghalalkan apa yang halal , mengharamkan apa yang haram dan aku tidak menambah walaupun sedikit.Adakah aku dapat memasuki syurga ? " Rasulullah s.a.w menjawab : " Ya ".

Diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Makna 'aku mengharamkan apa yang haram ' ialah aku menjauhinya.Manakala makna 'aku menghalalkan apa yang 'halal' ialah aku melakukannya dengan beriktiqad tentang halalnya.


Tuesday 30 October 2012


Hadis 21 : Istiqomah dan Iman

Daripada Abu Amr, menurut satu pendapat Abu Amrah , Sufyan bin Abdullah al-Thaqafi r.a. berkata : " Aku berkata : " Wahai Rasulullah ! Katakanlah satu perkataan kepadaku tentang Islam yang aku tidak perlu menanyakannya kepada orang lain,"Sabda Rasulullah s.a.w :"Ucapkanlah 'aku beriman dengan Allah kemudian beristiqomahlah kamu."

Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab 'Iman ' bab 'Yang mengumpulkan sifat-sifat Islam'.Nombor hadis 38.

Monday 29 October 2012


Hadis 20 : Malu Adalah Sebahagian Daripada Iman

Daripada Abu Mas'ud , Uqbah bin Amru al-Ansoori al-Badriy r.a. , beliau berkata : " Rasulullah s.a.w bersabda : " Sesungguhnya di antara ajaran yang didapati oleh manusia daripada kalam (perkataan) nubuwah yang pertama ialah : " Apabila kamu tidak malu , maka buatlah apa yang kamu suka ."

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Sunday 28 October 2012


Hadis 19 : Pertolongan Dan Penjagaan Allah S.A.W


Daripada Abu Al-'Abbas Abdullah bin Abbas r.a. , beliau berkata : Pada satu hari aku berada di belakang Rasulullah s.a.w , lalu Baginda bersabda : "Wahai budak ! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah : Peliharalah Allah , nescaya Dia akan memeliharamu.Peliharalah Allah, kamu akan mendapati-Nya bersamamu.Apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah daripada Allah.Apabila kamu meminta pertolongan daripada Allah.Ketahuilah ! Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manafaat kepadamu , mereka sekali-kali tidak akan dapat memberikan manafat itu kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu.Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana ke atasmu , mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu.Telah diangkat qalam dan telah keringlah lembaran."

- Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi , katanya : Hadis hasan sahih )