Tuesday, 31 July 2012

Hadis 16 : Jangan Marah , Bagimu Syurga


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w. :" Berilah wasiat kepadaku.".Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda : " Jangan marah ".Lelaki tersebut mengulangi pertanyaannya berkali-kali,sabda Rasulullah s.a.w. : " Jangan marah. "

Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab 'Adab'.

Hadis 15 : Di antara Ciri-ciri Keimanan

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : " Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dia hendaklah berkata yang baik atau diam.Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dia hendaklah memuliakan jiran tetangga.Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dia hendaklah memuliakan tetamunya.

( Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim )

Monday, 30 July 2012


Hadis 14 : Kehormatan Darah Seorang Muslim

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. : " Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Tidak halal darah seorang muslim yang mengucap dua kalimah syahadah (Tiada Tuhan melainkan Allah dan aku adalah utusan Allah ) kecuali disebabkan salah satu daripada 3 perkara :Orang yang telah berkahwin yang berzina, jiwa dengan jiwa dan orang yang meninggalkan agamanya yang memisahkan diri daripada jamaah."

hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab 'Diyat'.

Friday, 27 July 2012


Hadis 13 : Persaudaraan Iman dan Islam

Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik r.a. pembantu Rasulullah s.a.w. katanya : "Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasih untuk dirinya sendiri ".

( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim )




Hadis 12 : Melakukan Kerja Yang Berfaedah

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : "Rasulullah s.a.w. telah bersabda : " Di antara kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya."

( Hadis Hasan, diriwayatkan oleh Tirmizi dan lain-lainnya )



Wednesday, 25 July 2012


Hadis 11 : Mengambil Yang Diyakini dan Meninggalkan Syubhat

Daripada Abu Muhammad al-Hasan Ali bin Abu Tolib , cucu Rasulullah s.a.w. dan penawar hati Baginda.Beliau berkata : " Aku menghafal daripada Rasulullah s.a.w. : " Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak menragukanmu."

Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan An-Nasai.Imam Tarmizi telah berkata : " Hadis ini adalah hadis Hasan Sahih."

Dalam riwayat Tarmizi ada tambahan :

Sseungguhnya benar itu ketenangan dan dusta itu keraguan.



Hadis 10 : Baik dan Halal Syarat Penerimaan

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : " Rasulullah s.a.w. bersabda :"Sesungguhnya Allah Taala itu baik, Dia tidak menerima kecuali yang baik.Sesungguhnya Allah telah memerintahkan muslimin dengan apa yang Dia perintahkan kepada para Rasul.Firman Allah s.w.t : "Wahai para Rasul , makanlah dari (makanan) yang baik-baik dan beramallah dengan amalan salih." ( al-mukminun : 51 ).Allah s.w.t. juga berfirman :" Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami kurniakan kepada kamu." (Al-Baqarah : 172 ).Kemudian Baginda menyebut tentang seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai dan berdebu rambutnya , menadahkan tangannya ke langit sambil berdoa : " Wahai Tuhanku !, Wahai Tuhanku !" sedangkan makanan , minuman dan pakaiannya adalah haram dan dia diberi makan dengan benda-benda yang haram, maka bagaimanakah dikabulkan permintaannya..."

( Diriwayatkan oleh Muslim )

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab 'Zakat ' bab ' Penerimaan sedekah daripada hasil usaha yang baik dan perkembangannya'.Nombor hadis : 1015.

Monday, 23 July 2012


Hadis 9 : Mudah dan Tidak Menyusahkan


Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sokhar r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda  : " Sesuatu yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu jauhinya.Dan apa yang aku perintahkan kepada kamu , maka hendaklah kamu lakukannya sekadar kemampuan.Sesungguhnya telah binasalah kaum sebelum kamu lantaran banyak bertanya dan mereka menyalahi para nabi. "


Hadis ini  diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab ' Berpegang dengan al -kitab dan as-Sunnah pada bab ' Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w ' .

Saturday, 21 July 2012


Hadis 8 :  Kehormatan Muslim

Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : " Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah , mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat. Apabila mereka melaksanakan semuanya itu, maka terselamatlah darah dan harta mereka daripada aku melainkan dengan hak Islam.Dan hisab mereka terserah kepada Allah s.w.t".

Imam Bukhari meriwayatkan hadis ini dalam kitab ' Iman' pada bab 'Jika mereka bertaubat dan mendirikan solat'.

Friday, 20 July 2012


Hadis 7 : Agama Adalah Nasihat


Daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus , bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : " Agama adalah an-Nasihah ". Kami bertanya : " Untuk siapa ? " Jawab Baginda : " Untuk Allah ,kitab-Nya, Rasul-Nya dan bagi para Imam-imam muslimim dan seluruh muslimin ( selain Imam-Imam ),"

Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab "Iman", bab ' Keterangan bahawa agama adalah an-Nasihah '.


Thursday, 19 July 2012


Hadis 6 : Halal dan Haram

Daripada Abu Abdullah an-Nu'maan bin Basyiir r.a. katanya : " Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :" Sesungguhnya yang halal itu jelas , dan yang haram (itupun) jelas.Dan di antara kedua-duanya (terdapat) perkara-perkara yang syubhat, ramai dari kalangan manusia tidak mengetahuinya.Sesiapa yang menjaga diri daripada perkara syubhat , ( maka ) dia telah membersihkan agama dan kehormatannya.Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara syubhat , dia akan jatuh ke dalam perkara haram.Seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan, dibimbangi gembalaannya akan meragut makanan di dalamnya. Ketahuilah bahawa sesungguhnya bagi setiap raja itu ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkan -Nya.Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul daging ; Apabila ia baik, maka baiklah jasad seluruhnya.Apabila ia rosak , maka rosaklah jasad seluruhnya.Ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati."

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab ' Iman ' pada bab ' Siapa yang membersihkan agamanya '.




Wednesday, 18 July 2012


Hadis 5 : Menghapuskan Kemungkaran Dan Bidaah


Daripada Ummul Mukminin , Ummu Abdullah , Aisyah r.h.a katanya : " Rasulullah s.a.w. bersabda : " Sesiapa yang mengadaadakan sesuatu perkara mengenai urusan agama kami, yang bukan daripadanya, maka ia adalah ditolak "

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

Tuesday, 17 July 2012


Hadis 4 : Peringkat Kejadian Manusia dan Kesudahannya


Daripada Abu Abdul Rahman , Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya : " Rasulullah s.a.w. telah menceritakan kepada kami- dan dia adalah orang yang benar lagi dibenarkan- : " Sesungguhnya setiap kamu dihimpunkan kejadiannya di dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai mani.Kemudian dia menjadi ketulan darah seperti tempoh tersebut juga ( 40 hari ) .Kemudian dia menjadi ketulan daging seperti tempoh tersebut.Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, maka dia meniupkan ruh padanya.Lalu dia (malaikat ) disuruh oleh Allah supaya menulis empat perkara ; rezekinya , ajalnya , amalnya dan celaka atau bahagianya.

Maka demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya !. Sesungguhnya di kalangan kamu ada yang akan beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada di antaranya dengan syurga kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli neraka, lalu diapun memasukinya (neraka ). Di kalangan kamu ada yang akan beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada di antaranya dengan neraka kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli syurga , lalu diapun memasukinya (syurga).

Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam kitab " Pemulaan Makhluk " bab ' Sebutan tentang Malaikat.

Monday, 16 July 2012


Hadis 3 : Rukun Islam Dan Tungak-Tungak Asasnya


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Umar bin al-Khatab r.a. , beliau berkata :" Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :  " Islam dibina di atas lima perkara ; penyaksian bahawa tiada tuhan (ilah ) melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah , mendirikan sembahyang , menunaikan zakat , mengerjakan haji ke Baitullah dan puasa bulan Ramadhan. "

- Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim



Hadis 2 : Islam , Iman dan Ihsan

Juga daripada Umur r.a., beliau berkata :" Ketika kami sedang duduk di sisi Rasullullah s.a.w. pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan jauh , dan tiada seorangpun di antara kami yang mengenalinya, sehingga dia duduk di hadapan Rasulullah s.a.w.Lalu dia merapatkan dua tapak tangannya di atas dua pehanya.

Dia segera berkata : " Wahai Muhammad ! Ceritakan kepadaku tentang  Islam".Lalu Rasulullah s.a.w menjawab : Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah,kamu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat  dan menunaikan haji jika kamu mampu mengerjakannya.".Lelaki itu berkata :"Benarlah kamu !" Kami merasa hairan terhadapnya ; dia bertanya dan dia juga yang membenarkannya.

Lelaki itu berkata lagi : " Ceritakan kepadaku tentang iman ".Baginda s.a.w bersabda : "Bahawa kamu beriman dengan Allah , para malaikat-Nya , kitab-kitab-Nya , rasul-rasul-Nya , hari Kiamat dan kamu beriman dengan ketentuan baik dan buruk-Nya".Lelaki itu berkata " Benarlah kamu !"

Dia berkata lagi :" Ceritakan kepadaku tentang ihsan ".Baginda s.a.w. menjawab : " Bahawa kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya.Jika kamu tidak melihat-Nya,sesungguhnya Allah melihat kamu."


Lelaki itu berkata lagi :"Ceritakan kepadaku tentang kiamat ".Baginda menjawab : "Orang yang ditanya tidak lebih mengetahui daripada orang yang bertanya (maksudnya kedua-duanya tidak mengetahui bila berlaku kiamat ) ".


Lelaki itu berkata lagi : " Ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya ."Baginda menjawab:"Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya.Dan apabila kamu melihat orang yang tidak berkasut, tidak berbaju , miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan."


Kemudian lelaki itupun pergi.Maka akupun menunggu beberapa hari.Kemudian Rasulullah s.a.w berkata :" Wahai Umur ! Tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu."Aku menjawab:" Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah s.a.w :"Sesungguhnya dia adalah Jibril.Dia datang untuk mengajar kamu tentang agama kamu."


Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di awal kitab 'Iman' hadis no 8.

Sunday, 15 July 2012


Hadis 1 : Semua Amalan adalah dengan Niat

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umur bin al-Khattab  r.a. katanya  : 

" Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda - " Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat, dan setiap orang mendapat (pahala ) berdasarkan apa yang dia niatkan.Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya.Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya, atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya , maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.".
Assalammualaikum


Harap semuanya sihat dan sejahtera selalu


Sempena kehadiran bulan yang mulia - Bulan Ramadan teringin aku mencatatkan hadis 40 dari buku bertajuk " Syarah Hadis 40 Imam Nawawi " - Terbitan Pustaka Salam 


Keupayaan ku sekadar mencatat seperti asal sahaja.Sekiranya anda dapati kesilapan dalam mencatat semula - harap hubungi saya.


Sekiranya ingin ulusan lebih mendalam elok dapatkan buku tersebut atau berguru !


Semoga catatan ini berfaedah buat sesiapa yang sudi baca blog ni.


Maklumlah tidak berupaya aku mengulas.


Wasssalam


Mohamed
Tmn Daya
mohdtdaya@gmail.com