Thursday 19 July 2012


Hadis 6 : Halal dan Haram

Daripada Abu Abdullah an-Nu'maan bin Basyiir r.a. katanya : " Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :" Sesungguhnya yang halal itu jelas , dan yang haram (itupun) jelas.Dan di antara kedua-duanya (terdapat) perkara-perkara yang syubhat, ramai dari kalangan manusia tidak mengetahuinya.Sesiapa yang menjaga diri daripada perkara syubhat , ( maka ) dia telah membersihkan agama dan kehormatannya.Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara syubhat , dia akan jatuh ke dalam perkara haram.Seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan, dibimbangi gembalaannya akan meragut makanan di dalamnya. Ketahuilah bahawa sesungguhnya bagi setiap raja itu ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkan -Nya.Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul daging ; Apabila ia baik, maka baiklah jasad seluruhnya.Apabila ia rosak , maka rosaklah jasad seluruhnya.Ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati."

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab ' Iman ' pada bab ' Siapa yang membersihkan agamanya '.




No comments:

Post a Comment