Monday, 16 July 2012


Hadis 2 : Islam , Iman dan Ihsan

Juga daripada Umur r.a., beliau berkata :" Ketika kami sedang duduk di sisi Rasullullah s.a.w. pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan jauh , dan tiada seorangpun di antara kami yang mengenalinya, sehingga dia duduk di hadapan Rasulullah s.a.w.Lalu dia merapatkan dua tapak tangannya di atas dua pehanya.

Dia segera berkata : " Wahai Muhammad ! Ceritakan kepadaku tentang  Islam".Lalu Rasulullah s.a.w menjawab : Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah,kamu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat  dan menunaikan haji jika kamu mampu mengerjakannya.".Lelaki itu berkata :"Benarlah kamu !" Kami merasa hairan terhadapnya ; dia bertanya dan dia juga yang membenarkannya.

Lelaki itu berkata lagi : " Ceritakan kepadaku tentang iman ".Baginda s.a.w bersabda : "Bahawa kamu beriman dengan Allah , para malaikat-Nya , kitab-kitab-Nya , rasul-rasul-Nya , hari Kiamat dan kamu beriman dengan ketentuan baik dan buruk-Nya".Lelaki itu berkata " Benarlah kamu !"

Dia berkata lagi :" Ceritakan kepadaku tentang ihsan ".Baginda s.a.w. menjawab : " Bahawa kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya.Jika kamu tidak melihat-Nya,sesungguhnya Allah melihat kamu."


Lelaki itu berkata lagi :"Ceritakan kepadaku tentang kiamat ".Baginda menjawab : "Orang yang ditanya tidak lebih mengetahui daripada orang yang bertanya (maksudnya kedua-duanya tidak mengetahui bila berlaku kiamat ) ".


Lelaki itu berkata lagi : " Ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya ."Baginda menjawab:"Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya.Dan apabila kamu melihat orang yang tidak berkasut, tidak berbaju , miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan."


Kemudian lelaki itupun pergi.Maka akupun menunggu beberapa hari.Kemudian Rasulullah s.a.w berkata :" Wahai Umur ! Tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu."Aku menjawab:" Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah s.a.w :"Sesungguhnya dia adalah Jibril.Dia datang untuk mengajar kamu tentang agama kamu."


Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di awal kitab 'Iman' hadis no 8.

No comments:

Post a Comment